Tuesday, February 25, 2020

TEMPAT TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang


Ia adalah pusat pemuliharaan laut dan akuarium yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Terletak di kawasan strategik di Pantai Teluk Kemang, Pusat Ikan Hiasan bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan tetapi juga pelajar, pelancong, dan peminat hidupan laut.

Daya tarikan utama adalah pelbagai hidupan laut seperti terumbu karang, ikan badut, kuda laut, penyu dan lain-lain.


Anda tidak perlu berenang di lautan untuk melihat hidupan laut yang indah, kerana disini anda dapat melihat hidupan laut tersebut.

Waktu Operasi:
Setiap Hari (9:00am-5:00pm)

Bayaran masuk: Percuma



PD Ostrich Show Farm
Ladang burung unta yg berkonsepkan zoo mini dan ala safari ini menempatkan lebih 20 ekor spesies burung terbesar di dunia yang dikenali dengan nama saintifiknya Struthio camelus.
Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di dalam kawasan ini seperti bangku untuk berehat, gerai cenderamata yang menjual barang-barang yang berasaskan produk burung unta, kafetaria dan sebagainya.

Rumah Terbalik Port Dickson

Destinasi yang sangat unik yang boleh anda terjah bersama-sama keluarga dan anak-anak iaitu rumah terbalik port dickson yang menjanjikan satu pengalaman yang pelik tapi benar, Umumnya galeria di sini lebih kepada dekorasi & susun atur barangan yang dalam keadaan tunggang terbalik yang macam tak logik dek akal.

Di setiap bahagian pameran hiasan ini pengunjung boleh bergambar dengan cara cara tertentu supaya hasil gambar tampak terbalik & membuatkan foto anda akan mendapat likes yang paling banyak apabila dimuatnaik ke media sosial nanti, Kalau bercuti ke Port Dickson dan cuaca pula hujan, mungkin destinasi ini boleh dijadikan alternatif untuk aktiviti berkeluarga secara indoor.
.

Sunday, February 23, 2020

TEMPAT MAKAN BEST DI PORT DICKSON


Sudah menjadi kelaziman kita sebagai pelancong kalau bercuti di mana mana tempat yang menarik di Malaysia sudah tentu kita ingin mencuba makanan tempatan yang popular atau membawa keluarga bersantapan bersama kan? Port Dickson menjadi lokasi percutian popular di Negeri Sembilan di mana ianya mempunyai banyak tempat makan menarik untuk diterjah bagi sarapan pagi, tengah hari atau malam. Untuk memudahkan anda terjah kami senaraikan beberapa tempat makan menarik di PD seperti di bawah :



PD Famous Coconut Shake Power

Sekiranya anda bercuti di PD secara bajet dan mencari tempat lunch yang murah tetapi sedap ini adalah destinasinya. Destinasi ini dipilih sebagai salah satu tempat makan menarik di PD kerana kesedapan menu menu santai yang ada di sini sangat ideal untuk pelancong tempatan menjamu selera. Konsep kedai terbuka dan self service ini menawarkan pelbagai menu untuk minum petang atau pun makan tengah hari.
Selain pelbagai pilihan menu cendol yang ada seperti cendol kacang merah, cendol durian, cendol pulut dan cendol jagung, destinasinya ini juga ada menyediakan makanan berat yang tidak kurang sedapnya seperti black pepper lamb grill, kerang rebus, rojak, laksa, nasi kambing bakar dan macam macam lagi. Satu kedai makan menarik di PD yang boleh dilabelkan one stop centre untuk anda mencuba menu menu makanan santai popular orang malaysia.


Asam Pedas Kasih Ibu


Anda mencari satu destinasi untuk makan tengah hari dengan pilihan menu makanan orang nogori yang banyak? Apa kata ke Restoran Asam Pedas Kasih Ibu. Terdapat bermacam macam pilihan lauk pauk orang setempat di sini seperti masak salai, asam pedas negeri, masak lemak cili api, ikan bakar dan sebagainya.
Kedai makan ini sangat popular pada waktu tengah hari di kalangan orang tempatan dan pelancong. Maklumlah kalau nak cari makanan asli orang negeri sembilan di PD ini memang susah dan tidak banyak pilihan seperti di Seremban. Mujurlah ada Restoran Asam Pedas Kasih Ibu ini yang boleh anda terjah untuk merasai keunikan makanan di sini. Lokasinya juga amat strategik dan berdekatan dengan pantai paling popular di Port Dickson iaitu Pantai Teluk Kemang.


Cowboy Ayam Bakar Station Port Dickson


Sekiranya anda dalam situasi yang sangat lapar di PD pada waktu tengah hari anda boleh ke Cowboy Ayam Bakar Station Port Dickson. Sebaik sahaja anda sampai dan buka pintu kereta, aroma asap ayam bakar yang menusuk hidung pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tidak tahan untuk mencuba makanan di sini.
Walaupun menunya simple sahaja iaitu nasi putih dengan ayam bakar serta sos lada hitam likatnya kedatangan anda ke sini untuk bersantapan pasti tidak akan mengecewakan perut anda. Lebih menarik kalau anda minum air kordial di sini menggunakan gelas yang sama, boleh top-up percuma. Jimat bukan?


Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup


Seperti makna tersirat dan tersurat di dalam namanya, destinasi ini cukup popular di kalangan orang setempat untuk menjamu selera dengan ayam bakar yang dimasak di dalam pasu pasu bunga yang telah diubahsuai. Satu teknik masakan yang cukup unik dan pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencuba kelainannya. Lokasinya sangat mudah untuk anda datang dan terletak di kawasan tumpuan pelancong di
Teluk Kemang.
Mengikut pemilik gerai ini, teknik bakar dan salai ayam menggunakan pasu boleh mengelakkan ayam yang siap dimasak menjadi kering. Tidak hairanlah setiap gigitan ayam panggang ini sungguh juicy dan sangat enak sekali apabila dicicah dengan sos lada merahnya. Selain ayam bakar, terdapat juga menu nasi putih dan salai masak lemak cili api yang boleh anda cuba sendiri keenakannya.


Cendol Bakar Caw Teluk Kemang


Bercuti di tepi pantai sambil layan makanansantai waktu petang seperti cendol, barulah bercuti di Port Dickson namanya. menu makanan sebegini memang satu idea yang sangat bernas untuk anda terjah di waktu tengah hari yang panas untuk menghilangkan rasa dahaga. Pilihan cendol yang banyak variasi juga membuatkan pelancong sering makan petang di sini. Antara menu cendol yang adalah seperti cendol durian, cendol pulut, cendol tapai dan sebagainya.
Selain keenakan cendolnya, destinasi ini juga mempunyai kiosk makanan yang menyediakan pelbagai menu makanan santai lain sepertilaksa, keropok lekor, tauhu bakar, otak otak, rojak, pasemboq, cucur udang dan macam macam lagi.


Warung Salai Port Dickson


Masak salai dan Negeri Sembilan adalah dua unsur yang tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Sekiranya anda seorang yang food hunter yang suka mencuba makanan orang setempat, Warung Salai Port Dickson adalah satu destinasi paling ideal untuk anda mencuba makanan orang negeri. Lokasinya juga sangat strategik di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Teluk Kemang, Batu 5 dan Batu 1 PD.





MHR Berger's Port Dickson


Bagi yang mencari tempat makan menarik untuk minum petang atau mungkin makan malam di PD salah satu destinasi yang disyorkan adalah MHR Berger's PD. Seperti nama kedainya destinasi ini menyajikan makanan yang lebih kepada selera barat dengan menu burger dan juga beberapa menu santai lain seperti roti john, oblong, aneka pasta dan macam macam lagi.
Walaupun menu makanannya mungkin biasa kita dengar tetapi destinasi ini mempunyai ramai penggemar tegarnya. Pilihan makanan di sini juga agak banyak dan ada juga sesetengahnya adalah menu melayu + western yang sudah tentu lebih mesra dengan selera orang melayu seperti nasi goreng chicken chop atau anda boleh oder MHR Talam yang merupakan kombinasi nasi goreng + ayam crispy + ayam bakar + sosej bakar. Menu sebegini memang menyeronokkan untuk dimakan secara berjemaah dengan rakan rakan dan ahli keluarga.

PANTAI PANTAI MENARIK DI PORT DICKSON


 Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti di Port Dickson kerana mempunyai pesisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu, peranginan tepi pantai yang menarik & banyak aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, main jetski dan sebagainya. Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain jadi tak hairanlah lebih ramai pengunjung yang datang ke sini setiap hujung minggu.

Sekiranya anda pertama kali ingin bercuti di Port Dickson, sangat disyorkan untuk terjah ke lokasi pantai ini dahulu berbanding pantai lain di PD yang berhampiran. Prmukaan pantai yang landa dan ombak yang tidak kuat sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berlarian di gigian pantai bersama anak anak. Namun pada hujung minggu, pantai Teluk Kemang memang agak sesak dengan pelancong memandangkan lokasinya yang juga lebih dekat kalau dari KL dan Selangor.


Pantai Blue Lagoon

Pantai Blue Lagoon atau juga dikenali dengan Pantai Tanjung Biru tidaklah sepopular Pantai Teluk Kemang namun tetap mempunyai tarikannya tersendiri yang unik. Kawasan pantai di sini lebih berteluk dan dikelilingi dengan bukit dan batu batu. Di sinilah juga terletak Rumah Api Tanjung Tuan yang sering menjadi lokasi pelancong untuk mendaki ke atas melihat pemandangan laut Selat Melaka dari lokasi yang tinggi. Waktu siang ketika matahari naik, pemandangannya cukup cantik dan kaki DSLR wajib datang ke sini untuk menghasilkan 'masterpiece' anda di PD.

Permukaan pantainya sangat landai dan cetek, kalau waktu air laut surut anda boleh berjalan beberapa puluh meter ke arah laut. Sesuai untuk aktiviti mandi manda budak budak dan destinasi perkelahan dengan keluarga. Terdapat juga kemudahan awam yang cukup lengkap seperti penginapan, tandas awam, kawasan letak kereta, taman permainan kanak kanak dan sebagainya.


Pantai Purnama

Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda dan bersantai petang. Lokasi pantainya mudah diakses dan mempunyai kemudahan lengkap untuk pelancong seperti tandas, tapak perkhemahan, gerai gerai dan sebagainya. Melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dari Pantai Purnama juga lebih tenang kerana kurang kesesakan.


Pantai Cahaya Negeri

Pantai Cahaya Negeri di Batu 5 memang sangat cantik terutamanya dengan adanya platform kayu melunjur ke laut menuju ke Pulau Burung yang boleh pelancong jalan kaki dan bergambar. Pemandangan dan landskapnya yang cantik menjadikan destinasi ini menjadi lokasi untuk pasangan pengantin baru berphoto shoot dan juga menjadi lokasi penggambaran filem melayu. Pelbagai kemudahan awam, dataran, pondok rehat dan parking kereta yang lebih luas serta teratur.


Pantai Saujana

Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah dengan pelbagai aktiviti menarik di pantai. Pantai Saujana sangat luas dan lapang serta jarak pasir pantai menuju ke laut lebih kurang 50 meter. Pantai Saujana mempunyai kemudahan awam yang lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan awam, taman permainan kanak kanak, tandas awam, tempat makan yang dekat dan sebagainya. Setiap hari ada deretan gerai gerai yang menjual makanan santai dan peralatan mandi manda. Tapak perkhemahan di sini memang santai dan redup di bawah pohon pohon pokok. Setiap hari Sabtu terdapat pasar malam berhadapan Pantai Saujana untuk anda membeli belah.

D'CERIA HOMESTAY PORT DICKSON

Jom bercuti bersama2 keluarga tersayang ke Port Dickson

0196608325 @ 0136733273
Kami menawarkan homestay utk keselesaan anda di sepanjang penginapan dgn menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:


👉1 bilik aircond
👉ruang tamu beraircond
👉2 bilik air
👉Almari pakaian , extra toto dan extra bantal
👉TV beserta astro Njoi

👉Meja makan 4+1

Buaian sarang

👉Iron & Iron board
👉Sejadah & telekung
👉Peti Ais, Rice Cooker, Kettle
👉Dapur gas & kelengkapan untuk memasak
👉Pinggan mangkuk, sudu, garpu, gelas
👉Ampaian kain



Lokasi menarik : 
Rumah Api Tg Tuan - 1.5km
Bukit Batu Putih - 1.5km
Kedai Makan Ayam Pasu Terlangkup - 1km
Kedai Makan Cowboy Place - 2.5km
Kedai Nasi Arab 115 - 1km
Restoran Dapur Nelayan - 500m
PD Famous Cendol - 2km
Pantai Teluk Kemang - 500m
Pantai Purnama - 500m
Pantai Cahaya Negeri - 7km
Politeknik PD - 500m
Rumah terbalik - 500m
Pusat Ikan Hiasan - 1.5km
Taman Burung Unta - 1km
Muzium Tentera Darat - 11km
Kolej Jururawat - 7km
Kem askar (PULAMOR) - 1.5km
Kem askar (PUSASDA) - 3.5km

👇👇👇👇👇👇👇
Cara-cara membuat tempahan homestay :
📌Sila nyatakan tarikh masuk & keluar
📌Jumlah & details penginap
📌Deposit booking RM50/RM100 sewaan ke akaun maybank/cimb
📌Sila htr resit/screenshot booking bayaran melalui whatapps
📌kami akan dahulukan "fast book first serve"
📌full payment waktu check-in
📌deposit dipulangkan waktu check-out jika tiada sebarang kehilangan berlaku di homestay
📌deposit tidak dipulangkan jika *batal* dari pihak tuan/puan
📥check in 02.00pm ðŸ•‘
📤check out 12.00pm ðŸ•›

 Sila berhubung dgn pihak homestay 30 min lebih awal sekiranya ingin check out lebih awal @ lambat

sila hubungi ðŸ“±
sue - www.wasap.my/60196608325/Dceriahomestaypd
din - www.wasap.my/0136733273/Dceriahomestaypd

MAKLUMBALAS CUSTOMER D'CERIA HOMESTAY

TEMPAT TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang Ia adalah pusat pemuliharaan laut dan akuarium yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Terletak ...