Pantai Teluk Kemang
Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti di Port Dickson kerana mempunyai pesisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu, peranginan tepi pantai yang menarik & banyak aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, main jetski dan sebagainya. Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain jadi tak hairanlah lebih ramai pengunjung yang datang ke sini setiap hujung minggu.Sekiranya anda pertama kali ingin bercuti di Port Dickson, sangat disyorkan untuk terjah ke lokasi pantai ini dahulu berbanding pantai lain di PD yang berhampiran. Prmukaan pantai yang landa dan ombak yang tidak kuat sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berlarian di gigian pantai bersama anak anak. Namun pada hujung minggu, pantai Teluk Kemang memang agak sesak dengan pelancong memandangkan lokasinya yang juga lebih dekat kalau dari KL dan Selangor.
Pantai Blue Lagoon
Pantai Blue Lagoon atau juga dikenali dengan Pantai Tanjung Biru tidaklah sepopular Pantai Teluk Kemang namun tetap mempunyai tarikannya tersendiri yang unik. Kawasan pantai di sini lebih berteluk dan dikelilingi dengan bukit dan batu batu. Di sinilah juga terletak Rumah Api Tanjung Tuan yang sering menjadi lokasi pelancong untuk mendaki ke atas melihat pemandangan laut Selat Melaka dari lokasi yang tinggi. Waktu siang ketika matahari naik, pemandangannya cukup cantik dan kaki DSLR wajib datang ke sini untuk menghasilkan 'masterpiece' anda di PD.
Permukaan pantainya sangat landai dan cetek, kalau waktu air laut surut anda boleh berjalan beberapa puluh meter ke arah laut. Sesuai untuk aktiviti mandi manda budak budak dan destinasi perkelahan dengan keluarga. Terdapat juga kemudahan awam yang cukup lengkap seperti penginapan, tandas awam, kawasan letak kereta, taman permainan kanak kanak dan sebagainya.
Pantai Purnama
Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda dan bersantai petang. Lokasi pantainya mudah diakses dan mempunyai kemudahan lengkap untuk pelancong seperti tandas, tapak perkhemahan, gerai gerai dan sebagainya. Melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dari Pantai Purnama juga lebih tenang kerana kurang kesesakan.
Pantai Cahaya Negeri
Pantai Cahaya Negeri di Batu 5 memang sangat cantik terutamanya dengan adanya platform kayu melunjur ke laut menuju ke Pulau Burung yang boleh pelancong jalan kaki dan bergambar. Pemandangan dan landskapnya yang cantik menjadikan destinasi ini menjadi lokasi untuk pasangan pengantin baru berphoto shoot dan juga menjadi lokasi penggambaran filem melayu. Pelbagai kemudahan awam, dataran, pondok rehat dan parking kereta yang lebih luas serta teratur.
Pantai Saujana
Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah dengan pelbagai aktiviti menarik di pantai. Pantai Saujana sangat luas dan lapang serta jarak pasir pantai menuju ke laut lebih kurang 50 meter. Pantai Saujana mempunyai kemudahan awam yang lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan awam, taman permainan kanak kanak, tandas awam, tempat makan yang dekat dan sebagainya. Setiap hari ada deretan gerai gerai yang menjual makanan santai dan peralatan mandi manda. Tapak perkhemahan di sini memang santai dan redup di bawah pohon pohon pokok. Setiap hari Sabtu terdapat pasar malam berhadapan Pantai Saujana untuk anda membeli belah.
No comments:
Post a Comment